Tuesday 25 September 2012

BENCANA RIBUT DAERAH BALING


Beberapa buah rumah penduduk Daerah Baling Telah di timpa bencana ribut dan menyebabkan berlakunya beberapa kerosakan kepada penghuni. Bencana ini melibatkan Mukim Baling, Pulai, Kupang dan Teloi Kan. Setakat hari ini sebanyak 14 buah rumah yang dikenalpasti terlibat dalam bencana tersebut. Iaitu terdiri daripada Kg Seberang Pekan, Kampung Seberang Pokok Sena, Kampung Dalam Wang, Kampung Telik Teduri A, Kampung Banggol Sedang, Kampung Bendang Becah dan Parit Panjang.

SAMBUTAN HARI RAYA PEJABAT DAERAH BALING

  

   





Tuesday 17 July 2012

KURSUS PENGURUSAN STRES

TARIKH : 16 JULAI  2012 (ISNIN)
MASA    : 8.30 PAGI 
TEMPAT : BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH BALING
 
 Kursus ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada para peserta mengenai bagaimana untuk menjadikan tekanan sebagai "booster" atau "ubat Kuat" untuk mencapai pencapaian dan kejayaan luar biasa.










Tuesday 1 May 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Kuching Sarawak

Program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan sikap positif dikalangan staf Pejabat Daerah Baling. 

PENGENALAN

Program ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak pejabat daerah terhadap perkara-perkara berikut :
·         Keperihatinan majikan terhadap pekerja-pekerja di pejabat daerah ini.
·         Menitikberatkan  kebajikan pekerja-pekerja di pejabat daerah.


OBJEKTIF

·         Menerapkan semangat kerja berpasukan antara kakitangan.
·         Meningkatkan pengetahuan kakitangan mengenai budaya etnik masyarakat Sarawak.
·         Meningkatkan motivasi pekerja.
·         Merapatkan hubungan di antara pekerja-pekerja di organisasi ini.

·         Mengisi kegiatan lapang dan merehatkan minda pekerja.











Saturday 3 March 2012

Seluruh warga Pejabat Daerah Baling mengucapkan tahniah di atas pengurniaan Bintang Pingat Cemerlang (P.C.K)
Pada 31-01-2012 bencana ribut telah berlaku dalam mukim Teloi Kanan, Kuala ketil dan menyebabkan lebih kurang 13 buah rumah mengalami kerosakan.

Saturday 18 February 2012

14-Dec-2011 : Jemaah Pemangku Iringi Keberangkatan Tuanku

ALOR SETAR - Lebih 30,000 rakyat hadir di sepanjang laluan sejauh 5.3 kilometer dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas untuk meraikan keberangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Haminah Hamidun, ke Kuala Lumpur, semalam.

Wednesday 15 February 2012

 01-Feb-2012 : MAJLIS PENYERAHAN ELAUN MKK BAGI DUN KUALA KETIL, KUPANG DAN BAYU
Majlis bertempat di Dewan Tun Abdul Razak, Baling.  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Baling, En. Abdul Shukor bin Abdul Ghani.