Wednesday 11 September 2013


tarifair


ALOR SETAR 9 September - Kerajaan Kedah tidak berhajat mengeluarkan kertas putih mengenai masalah Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dan anak syarikatnya, Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, audit forensik yang dibuat jelas menunjukkan kemelut yang berlaku dalam Insaniah dan IHSB.

Ketika ditanya perkembangan siasatan kemelut Insaniah berikutan cadangan wakil rakyat pembangkang dalam sidang Dun baru-baru ini agar kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih berikutan banyak pendedahan salah tadbir dan penyelewengan dalam Insaniah dan IHSB semasa pakatan pembangkang  memerintah, beliau berkata ia tidak perlu.

Mukhriz ditemui pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan zakat oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan melanjutkan pengajian di tiga buah universiti di Jordan.

Mengenai tindakan undang-undang, menteri besar berkata, kerajaan negeri akan melihat keperluannya kemudian.

"Sekarang belum perlu kerana kita menghadapi masalah dengan akaun anak-anak syarikat IHSB. Nak dapat penyata kewangan yang boleh diterima pun susah," kata Mukhriz.

 

Mengenai pelajar Kedah, beliau berkata, seramai 156 orang yang sepatutnya melanjutkan pengajian di Mesir menerima tawaran Kementerian Pendidikan untuk belajar di universiti tempatan termasuk Insaniah.

Di samping itu sebahagian besar pelajar Kedah di Mesir masih berada di negara bergolak itu atas sebab tertentu namun kerajaan negeri tetap memantau perkembangan mereka untuk dibawa balik sekiranya perlu, kata Mukhriz.

Mengenai Rektor Insaniah yang baharu, menteri besar berkata, seorang calon tempatan telah dipilih dan akan diumumkan apabila surat pelantikannya dikeluarkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan telah bersetuju dengan calon itu yang akan bertanggungjawab memulihkan maruah dan martabat Insaniah dalam tempoh tiga tahun.

Terdahulu, ketika berucap kepada pelajar yang akan ke Jordan Rabu ini, Mukhriz menasihati mereka supaya menjaga hubungan baik Malaysia dengan negara tempat mereka belajar dengan tidak mencampuri urusan dalaman negara berkenaan.

"Jauhilah golongan penyebar ajaran Syiah dan politik yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Belajarlah menjadi cemerlang," katanya.

Sumber: Bernama

Sunday 10 March 2013

Hari Keluarga kakitangan Pejabat Daerah Baling

Hari keluarga Pejabat Daerah Baling Merupakan Aktiviti Tahunan yang dilaksanakan oleh Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah Baling bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan dan keluarga. Aktiviti ini juga merupakan penghargaan kepada kakitangan Pejabat Daerah Baling kerana telah memberikan komitmen dalam tugas masing-masing.

 

 

Majlis Keberangkatan YTM Tunku Temenggong Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman) Untuk Solat Jumaat di Masjid Daerah Baling.

Sekitar Keberangkatan YTM Temenggong Kedah Untuk Solat Jumaat di Masjid Daerah Baling

 
 

 

Ucapan Tahniah

 
 
Seluruh warga Pejabat Daerah Baling Mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Fadeelah binti Ibrahim di atas penerimaan Anugerah Pingat Cemerlang Kedah (PCK) pada 21 Februari 2013

Tuesday 25 September 2012

BENCANA RIBUT DAERAH BALING


Beberapa buah rumah penduduk Daerah Baling Telah di timpa bencana ribut dan menyebabkan berlakunya beberapa kerosakan kepada penghuni. Bencana ini melibatkan Mukim Baling, Pulai, Kupang dan Teloi Kan. Setakat hari ini sebanyak 14 buah rumah yang dikenalpasti terlibat dalam bencana tersebut. Iaitu terdiri daripada Kg Seberang Pekan, Kampung Seberang Pokok Sena, Kampung Dalam Wang, Kampung Telik Teduri A, Kampung Banggol Sedang, Kampung Bendang Becah dan Parit Panjang.

SAMBUTAN HARI RAYA PEJABAT DAERAH BALING

  

   





Tuesday 17 July 2012

KURSUS PENGURUSAN STRES

TARIKH : 16 JULAI  2012 (ISNIN)
MASA    : 8.30 PAGI 
TEMPAT : BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH BALING
 
 Kursus ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada para peserta mengenai bagaimana untuk menjadikan tekanan sebagai "booster" atau "ubat Kuat" untuk mencapai pencapaian dan kejayaan luar biasa.